لا إله إلا الله محمد رسول الله
Rumah No. 24
Ini Bukan Belog Jiwa-Jiwa
Ini adalah belog peribadi aku...mungkin sesetengah content dalam belog ini kadang-kadang *buka telinga ye* bukan originallytulisan aku,aku akan cuba sedaya upaya untuk credit kan penghargaan kepada tuan empunya post. *S.H.A.R.I.N.G is C.A.R.I.N.G! T_____T *
Semua yang buruk tu dah tentu-tentu datang dari aku,yang baik-baik,yang manis-manis, yang indah-indah,tentu-tentulah dari yang Maha Kuasa!
Monday, 12 November 2012
#Ya Allah, adakah ini kafarah daripada Mu?
Redha...Apa yang di doa tidak dimakbul Allah...Mungkin Allah telah mengatur hidup yang lebih baik selepas ini..
Tuesday, 30 October 2012
Alhamdulillah...Semua Rezeki Dari Allah!
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Ali Imran:26)
Syukran!Setakat mana rezeki yang dikurniakan,itu memadai bagiku..ALHAMDULILLAH!
Friday, 11 May 2012
#Salam Jumaat: Bagaimanakah rasanya MATI
pic: Bob Kuman dikebumikan
Untuk aku dan juga kamu..sekadar teladan..
Kisah Perjalanan Akhirat Nabi Musa a.s..
Nabi Musa : Adakah kamu datang untuk mengambil rohku?
Malaikat Maut : Aku datang untuk mengambil rohmu.
Nabi Musa : Bolehkah kamu memberikan akupeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anakku?
Malaikat Maut : Tidak ada lagi peluang untuk melakukan itu...
Lalu Nabi Musa a.s bersujud kepada Allah memohon agar Allah memberi peluang kepadanya. Allah berkata,
"Berilah peluang kepada Musa" .
Lalu Musa punpergi ke ibu,isteri dan anak-anaknya. Semuanya menagis dipangkuan Nabi Musa. Begitu juga Nabi. Lalu Allah bertanya," Wahai Musa! Kamu akan datang kepadaKu, kenapa kamu menangis?"
Nabi Musa berkata,"Aku bimbang akan anak-anakku"
Firman Allah,"Wahai Musa lepaskan hatiku dari mereka.Biarlah Aku menjaga mereka. Biarlah Aku menguruskan mereka dengan cintaKu"
Kategori :
Saham Akhirat

Wednesday, 9 May 2012
Tuesday, 8 May 2012
#Tips 1 : Nak Simpan Duit Tapi Sengkek!
Hari-hari kerja,cukup dapat gaji bayar hutang...Mungkin bagi orang yang mampu menjalankan beberapa kerja dalam sehari atau mempunyai bisnes samada online ataupun di rumah,tidak banyak menghadapi tekanan mengenai wang dalam hidup.
Tapi serius,aku memang tidak pandai mencari peluang untuk berbisnes memandangkan aku terpaksa bekerja makan gaji,belum kering lagi peluh,start kereta ambil anak-anak di rumah mak..malam dah nak kena masak lagi,basuh baju lagi,iron baju lah...bla bla bla...rutin harian memang memenatkan..(macam bunyi dalam iklan ek?) hakikatnya...YA!
Memandangkan tidak berkemampuan,mungkin kita boleh merancang untuk membuat perbelanjaan yang berhemah untuk survive dalam hidup yang semakin mencabar.
Setiap orang perlu menghalusi tiap-tiap perbelanjaan yang dikeluarkan bulan-bulan..Gaji yang tetap setiap bulan *almaklumlah kerja makan gaji je* perlu dirancang. Kenapa tidak kita sediakan satu buku khas untuk merancang perbelanjaan.
1/3 x Gaji -->Hutang (Wajib bayar hutang kalau dah meminjam,TIADA PILIHAN)
1/3 x Gaji ---->Simpanan (Samada Unit Trust,Saham Koperasi,Insurans,Emas,Perak dll)
1/3 x Gaji -------> Perbelanjaan Harian (Susu anak,pampers,barang rumah,bil)
Contohnya:
Gaji : RM 2100
Kategori :
Budget-Minded

Subscribe to:
Posts (Atom)