Ini Bukan Belog Jiwa-Jiwa

Ini adalah belog peribadi aku...mungkin sesetengah content dalam belog ini kadang-kadang *buka telinga ye* bukan originallytulisan aku,aku akan cuba sedaya upaya untuk credit kan penghargaan kepada tuan empunya post. *S.H.A.R.I.N.G is C.A.R.I.N.G! T_____T *
Semua yang buruk tu dah tentu-tentu datang dari aku,yang baik-baik,yang manis-manis, yang indah-indah,tentu-tentulah dari yang Maha Kuasa!

Tuesday, 8 May 2012

#Tips 1 : Nak Simpan Duit Tapi Sengkek!

Hari-hari kerja,cukup  dapat gaji bayar hutang...Mungkin bagi orang yang mampu menjalankan beberapa kerja dalam sehari atau mempunyai bisnes samada online ataupun di rumah,tidak banyak menghadapi tekanan mengenai wang dalam hidup.

Tapi serius,aku memang tidak pandai mencari peluang untuk berbisnes memandangkan aku terpaksa bekerja makan gaji,belum kering lagi peluh,start kereta ambil anak-anak di rumah mak..malam dah nak kena masak lagi,basuh baju lagi,iron baju lah...bla bla bla...rutin harian memang memenatkan..(macam bunyi dalam iklan ek?) hakikatnya...YA!

Memandangkan tidak berkemampuan,mungkin kita boleh merancang untuk membuat perbelanjaan yang berhemah  untuk survive dalam hidup yang semakin mencabar.

Teknik 1 : Metod 1/3 Gaji.

Setiap orang perlu menghalusi tiap-tiap perbelanjaan yang dikeluarkan bulan-bulan..Gaji yang tetap setiap bulan *almaklumlah kerja makan gaji je* perlu dirancang. Kenapa tidak kita sediakan satu buku khas untuk merancang perbelanjaan.

1/3 x Gaji -->Hutang (Wajib bayar hutang kalau dah meminjam,TIADA PILIHAN)
1/3 x Gaji ---->Simpanan (Samada Unit Trust,Saham Koperasi,Insurans,Emas,Perak dll)
1/3 x Gaji -------> Perbelanjaan Harian (Susu anak,pampers,barang rumah,bil)

Contohnya:
Gaji    : RM 2100

_____________________________________________________________
Hutang (< RM700)
  • Loan Kereta : RM 430
  • Loan Personal : RM 278
Baki : + 152
_____________________________________________________________________

Simpanan (<700)
  • Insurans MAA : RM 100
  • Koperasi : RM 35.00
  • Public Mutual : RM 200.00
  • Simpanan ASB :RM 200.00
  • 4 keping Dirham : RM 100.00
Baki : +RM 65
______________________________________________________________________
Perbelanjaan Harian (<700)

Bil Astro                             : RM 53.00
Bil CELCOM                     : RM 80.00
IWK                                   : RM 8.00
Gamogen (Mak)                : RM 121.00
Touch n Go                       : RM 50.00
Minyak Motor                   : RM 60.00
Susu + Pampers                : RM 55.00   (Dah kahwin masing-masing dapat gaji belila...buat stock)
Emergency Fund               : RM 100.00 (Wajib ada!kalau-kalau ada emergency case..)
Parking                             : RM 15.00   (Cari yang season parking,JIMAT!)
Duit belanja Mak              : RM (Ikut kemampuan la...Dah lama dia jaga kita,tugas kita pula jaga dia)
LAIN-LAIN....

Baki : +- Kurangkan bebanan hutang,supaya perbelanjaaan lain dapat dipertingkatkan
_________________________________________________________________________

Biar detail asalkan kita tidak melencong dari belanjawan yang kita sediakan...
Mungkin nampak remeh,tapi ia untuk kebaikan kita juga!
Bincang dengan pasangan..buat nota kewangan masing-masing...mudah-mudahan kita tidaklan terbelenggu dengan masalah kewangan!

Figura diatas adalah rekaan semata-mata..


No comments: